Saturday, May 3, 2008

E.I.A

Sejauhmanakah penilaian terhadap impak dapat membentuk keberkesanan terhadap alam sekitar.


Penilaian impak alam sekitar (EIA) merupakan satu prosedur penting dalam manjalankan sesuatu aktiviti atau projek pembinaan di Malaysia. Penialain ini telah digunakan di Negara barat semenjak 1970an dan di Malaysia usaha untuk merumuskan prosedurnya secara terperinci bermula setelah tiga tahun Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di luluskan. Setiap projek yang hendak di jalankan hendaklah mendapatkan kelulusan penilaian impak alam sekitar daripada Jabatan Alam Sekitar untuk manjalankan projek. Penilian impak alam sekitar ini penting bagi menjamin setiap projek pembinaan yang dijalankan tidak memberikan kesan yang negatif terhadap alam sekitar serta kesan sosio-ekonomi terhadap masyarakat yang terdapat di sekitar kawasan projek.

Di dalam prosedur EIA terdapat bahagian penilaian terhadap impak. Bahagian ini akan menentukan sama ada projek itu boleh diteruskan atau dibatalkan. Penialain terhadap impak ini terbahagi kepada tiga iaitu penilaian awal, penilaian terperinci dan pemeriksaan. Penilaian awal ini memerlukan penelitian yang terperinci dimana penilaian awal ini adalah untuk meramal impak sesuatu projek terhadap alam sekitar. Penilaian terperinci adalah kesinambungan daripada penilaian awal sesuatu projek iaitu terhadap semua aktiviti yang ditetapkan yang mana kesan-kesan tertinggal alam sekitar yang ketara sepertimana yang telah diramalkan dalam penilaian awal. Manakala, yang seterusnya ialah laporan-laporan penilaian awal dan penilaian terperinci dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk kelulusan sebelum projek dilaksanakan.

Perkaitan diantara prosedur EIA dan perancangan projek. Di Malaysia, prosedur EIA digabungkan ke dalam mekanisma perancangan projek yang sedia ada dengan menggunakan konsep projek bersepadu. Dimana perkaitannya adalah semasa peringkat mengenalpasti projek, keperluan untuk menjalankan kajian EIA juga ditentukan. Sekiranya projek itu memerlukan penilaian awal, ia dijalankan serentak dengan kajian pra-kemungkinan untuk projek tersebut. Begitu juga, sekiranya penilaian terperinci diperlukan, ia dijalankan serentak dengan kajian kemungkinan untuk projek tersebut. Dan yang berikutnya ialah laporan-laporan penilaian awal dan terperinci diulangkaji serentak dengan laporan-laporan pra-kemungkinan dan kajian kemungkinan.

Penilaian impak alam sekitar pada masa sekarang menjadi semakin penting dalam menjaga alam sekitar. Penilaian ini akan dapat membentuk keberkesanan kepada alam sekitar sekiranya laporan EIA yang dibuat adalah betul dan tidak ada penipuan atau budaya “copy and paste” oleh konsultan yang dilantik oleh pihak pemaju. Laporan EIA yang betul membolehkan projek yang akan dijalankan dapat mengurang kesan terhadap alam sekitar kerana langkah mitagasi yang di sarankan akan dapat memberikan impak yang minima kepada alam sekitar.

Selain laporan yang betul, penilaian terhadap impak juga dapat memberikan kesan yang minima kepada alam sekitar sekiranya konsultan yang dilantik membuat laporan penilaian terhadap impak alam sekitar merupakan sesorang yang terbukti pakar dalam bidang kajian terhadap alam sekitar. Konsultan yang mahir dan berpengalaman dapat memberikan laporan EIA yang lengkap dan dapat mengenalpasti kesan yang mungkin terjadi. Ini kerana, hanya pakar yang dapat menentukan kesan lebih lanjut sekiranya berlakunya projek yang dijalankan. Apabila kesan yang negatif sudah di kenalpasti, pakar ini hendaklah mencadangkan langkah-langkah mitigasi yang sesuai dengan kesan yang dijangka atau diramal akan berlaku. Jika langkah-langkah mitigasi ini dapat dijalankan, kesan terhadap alam sekitar dapat dikurang di samping projek pembangunan dapat dijalankan.

Penilaian terhadap impak juga dapat memberikan keberkesanan terhadap alam sekitar sekiranya langkah mitigasi yang telah digariskan akan dilakukan oleh pemaju. Jika hanya langkah mitigasi itu hanya sekadar hiasan iaitu tiada tindakan oleh pihak pemaju untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, langkah mitigasi yang di cadangkan itu hanyalah sia-sia. Ini kerana ia tidak akan membentuk keberkesanan terhadap alam sekitar.

Manakala penilaian terhadap impak tidak dapat memberikan keberkesan atau kesan positif terhadap alam sekitar di sebabkan oleh laporan EIA tidak lengkap. Laporan EIA yang tidak lengkap boleh mnyebabkan banyak maklumat penting tentang kesan yang akan berlaku semasa projek di jalankan tidak di masuk. Maklumat kesan yang akan berlaku ini merupakan maklumat yang penting kerana tujuan laporan EIA di buat adalah untuk mengenalpasti kesan akan berlaku sekiranya mana-mana projek yang hendak di jalankan. Oleh itu, jika laporan EIA yang di buat tidak lengkap, penilaian EIA yang di buat hanyalah sia-sia kerana ia tidak dapat memberikan kesan yang mungkin akan berlaku dan ia tidak dapat meminima kesan yang akan berlaku.

Selain daripada laporan yang tidak lengkap, penilaian impak juga tidak menjadi penting sekiranya pengaruh politik masuk campur dalam hal pembangunan. Kuasa politik dalam pembangunan merupakan salah satu penyebab penilaian impak menjadi tidak penting. Ini kerana, apabila ada campur tangan politik, walaupun impaknya adalah tinggi projek itu tetap akan di jalankan kerana kuasa politik ini tidak ada sesiapa boleh melawan walaupun Jabatan Alam Sekitar (JAS). Sebagai contoh Empangan Bakun, pembinaannya telah mendapatkan banyak kritikan oleh aktivis alam sekitar tetapi projek ini tetap juga di jalankan kerana pembinaan empangan ini merupakan arahan bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir. Pengaruh kuasa politik telah menyebabkan sesuatu projek yang berpotensi memberikan kesan keatas alam sekitar, diluluskan laporan EIAnya.

Kesimpulannya, penilaian impak ini penting sekiranya ia di buat dengan betul demi menjaga alam sekitar. Pembangunan fizikal adalah penting untuk menjadikan negara ini menuju matlamat wawasan 2020 tetapi pembangunan yang di jalankan hendaklah mapam ekoran pelbagai fenomena alam yang melanda dunia pada hari ini.

1 comment:

Unknown said...


Rolex's own description of the Rolex replica watches uk And Icons campaign is, "Worn by luminaries, visionaries and champions. By artists, statesmen, explorers and leaders in their field. Only rolex replica can claim such a distinguished group of wearers from the past and present. Rolex replica watches sale pays homage to these remarkable individuals whose lives changed the face of the world." Whether you like rolex replica sale or not, want one or already own one, this is a quality series which at the very least, illustrates what luxury watch brands need to be doing more of online. Rolex replica is as much a lifestyle as it is a watch brand, but we feel that a hands-on rolex replica sale Submariner review is still necessary as it is meant to be worn and used. The company is a legend, and their products are the cornerstone of an industry that sells dreams, status, quality and ideally, value.


Your Ad Here